Friday 21 September 2012

Khutbah dan Kelainannya..

Hari ini ada kelainan sedikit dalam khutbah Jumaat yang aku pergi. Pertama, ada solat hajat. Kedua, isi khutbah hari ini sangat-sangat menarik.

Bab solat hajat, rasanya semua orang tahu apa yang kita hajatkan. Jadi tak ada nak bercerita banyak tentang itu. Tapi yang menarik ialah isi khutbah di masjid tempat aku. Tak tahulah aku samada ia sama juga seperti di masjid-masjid tempat lain, tapi aku rasa berbahagia nak kongsi bersama dengan kalian.

Secara umumnya, ia menyentuh tentang filem yang menghina Nabi Muhammad. Itu aku rasa tempat lain pun sama juga. Cuma kali ini penyampaian dan pendekatannya agak berbeza. Khatib yang beri khutbah hari ini menyentuh beberapa benda yang sedar tak sedar, terjadi di kalangan masyarakat. Khatib yang ini pernah juga ditegur sebab lancang dan kadang tak ikut teks, tapi kali ini dia naik lagi. Seronok.

Pertama, soal kekurang-ajaran oleh orang lain yang menghina Islam itu adalah sesuatu perkara yang memang dijangkakan. Dari dulu, sampai sekarang, ada sahaja yang tak puas hati dengan Islam. Itu biasalah. Tapi di mana agak-agaknya sensitiviti kita apabila orang Islam sendiri menghina agama dalam perspektif berbeza? Kita marahkan yahudi sebab hina agama, tapi dah sah-sah itu kafir harbi (orang bukan Islam yang menentang Islam). Tapi macam mana dengan pemimpin yang mengaku Islam yang menjatuhkan maruah Islam secara terang-terangan? Patut atau tidak orang begini kita heret dan hukum dahulu? Dah kalau terasnya hampas, luarannya apatah lagi. Tak begitu?

Kedua, kalau kita renung-renung, bidang perfileman Malaysia, seperti kata khatib tadi, sangat sedikit yang menyentuh asas agama Islam. Kalau ada pun, menunjukkan hidup beragama itu adalah sesuatu yang kolot, tak moden dan serba serbi kekurangan. Aku kagum juga dengan khatib tadi. Dia kata, muncul tak lama dahulu, artis Malaysia berbangsa Melayu, beragama Islam yang menghina isteri Rasulullah. Tapi ada tak orang kita terus boikot dia? Ada atau tidak ramai-ramai umat Islam di Malaysia yang nak saman dia atau nak hukum dia? Dia minta maaf, dengan kononnnya tak berniat menghina, terus lepas begitu sahaja. Kemudian kembali beraksi di televisyen tanpa segan silu. Rasanya kalian tahu siapa.

Ketiga, orang kafir harbi ini memang sentiasa menguji kepekaan umat Islam. Yang perlu kita buat, ialah mengukuhkan keadaan orang Islam itu sendiri. Tolak tepi soal parti atau beza bangsa. Kita bersatu dan kukuhkan dahulu kedudukan orang Islam. Kemudian, bukan lagi dapat pijak yahudi, nak buat macam Nazi Jerman dahulu pun sekali libas sahaja. Ini tidak. Berpuak-puak. Tampal pelekat dekat kereta, pertubuhan Islam, tapi yang dihempuk, yang disidai, yang dipijak, tetap orang yang sama bangsa dan agama dengannya. Maka, fikir-fikirkan.

Kesimpulannya, tak payah nak ajak boikot Youtube, Google apa semua. Android yang ada itu pun, tengoklah siapa yang bangunkan. Sedar dulu di mana kedudukan kita, dan apa kelemahan yang perlu kita baiki. Ikut dahulu perintah Allah, kemudian barulah mampu kita jadi yang terkuat. Semua 'guidelines' dah ada. Antara kita nak ikut atau tidak....




Selit-selit: Kadang-kadang kita ini macam bola. Tendang ke sana, kita ke sana. Tendang ke sini, kita ke sini.


11 comments:

Unknown said...

you got the point there... (tak reti nak komen panjang) tapi itulah yg sepatutnya kita buat :/ yang last paragraph tu mmg la terutamanya termasuk la aku :(


peringatan utk diri sendiri ni..

Unknown said...

hmmmmmmmmmmmmmm :((

JR said...

Saya kalau ke masjid utk solat Jumaat saya akan cuba pilih jenis masjid yg khatibnya menyampaikan khutbah, bukan jenis khatib yg membaca khutbah. Jenis khatib yg membaca khutbah kdg2 lawak pun ada bila dia tak sedar dia terbaca sesuatu yg salah (contohnya bila dia guna perkataan Inggeris) sebab mungkin dia pun tak paham sangat apa yg dia baca, maklumlah org lain yg tulis teks... Jenis khatib yg menyampaikan khutbah pula, dia sampaikan khutbah dgn menggunakan ilmunya, sebab itulah penyampaiannya menarik, dia tau apa yg dia sampaikan di atas mimbar...

Unknown said...

suke part last skali

mcm bola

rse bukan kadang tapi selalu

Everything's Everythings said...

Alhamdulillah, thanks for sharing ^^

Betul juga tu, filem2 kita sendiri ad sahaja yg membuat main2 benda agama.. tapi disebabkan filem kita sendiri ramai yg tak ambil berat sgt..

Unknown said...

PPP: Tak berniat nak melukai hati orang, tapi dah memang realiti.

Bella: Eh? Kenapa? Macam ada yang tak kena.

JR: Macam kes khutbah tentang dadah dulu. Sebut morfin dan heroin jadi 'harin dan marfin', sebab tulisan jawi dan ketika itu tak ada pindah ke rumi. Haru jadinya. Hahah.

Iffah: Susah nak cakap. Tengok pada orang, kalau kuat pendirian, tolak ke mana pun dia tak pergi.

EE: Macam contoh, dulu ada telemovie tajuk 'Dhuha'. Tentang budak bernama dhuha. Tengoklah cara ambil wuduk. Tangan kanan bergilir-gilir dengan tangan kiri. Tak ke gila namanya?

Unknown said...

Romeo manusia ni mmg mcm ni kena dikejutkan baru la nak tersedar... teguran itu aku rasa perlu, supaya kita tak terus hanyut, jadi rasa kecik hati, sentap, perasaan terasa harus tolak tepi :)

~ aku suka ko ni walaupun ko punya n3 pedas menyengat... tapi itu la reality yg harus semua diulang semua tahu... (tapi aku jer yg x berani nak ulas banyak2 sebab takut org tersalah anggap.. ha ha ha + aku ni bukan jenis org yg pandai menyusun ayat dan berkata-kata, nak lak dalam hal-hal macam ni) teruskan apa ko nak tulis yg pasti aku akan terus hinggap dan baca apa jugak yg ko tulis :)

Aimacomel said...

kenapa semua org x berfikir cam awak eh?? bagusla idea & ilmu yg awak ada awak kongsikan.. kita manusia ni kena sentiasa diingatkan selalu. lagi2 kita ni melayu yg seringkali mudah terlupa.. thanks ye sbb sudi beri teguran ni & saya sedia menerimanya..
~yg baik dijadikan panduan, yg xelok tu jadikan iktibar dalam hidup

Unknown said...

blh jadi calon imam muda nie =P

Unknown said...

Baby: Kalau semua orang fikiran sama, tak menarik dunia.

Aimi: Tak boleh. Sebab dah tua.

Anonymous said...

Once everything is done properly click on submit.. [url=http://www.mulberryhandbagssale.co.uk]Mulberry uk[/url] Though far less heralded than Tiger, Yang had won the Honda Classic, and had finished in the top 10 in the Buick Open and Canadian Open.. [url=http://www.goosecoatsale.ca]canada goose outerwear[/url] Ltoaypawn
[url=http://www.pandorajewelryvip.co.uk]pandora outlet[/url] Hbesyosfr [url=http://www.officialcanadagooseparkae.com]canada goose outlet toronto[/url] aqqngalxc